atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

CARIAN PANTAS :       

EdyCart bakal mengegarkan industri dropship tanahair

E-mail Print PDF
edycart_logoEdyCart merupakan singkatan bagi Easy Dropship Yourself CART di mana ia memudahkan usahawan menggunakan perkhidmatan dropship yang di tawarkan oleh Edy Marketing. 

Sebelum ini, perkhidmatan dropship di gunakan oleh Pengedar Edy Marketing di edymart.com. Memandangkan ia masih boleh di pertingkatkan perkhidmatan dropship ke tahap yang lebih baik, maka EdyCart di ujudkan.

Secara ringkas, dropship bermaksud anda sebagai usahawan hanya mempromosikan produk kepada pengguna, produk tersebut akan di hantar terus kepada pelanggan anda oleh Edy Marketing. Oleh yang demikian, anda tidak perlu simpan stok produk, tidak perlu beli produk terlebih dahulu dan tidak perlu buat penghantaran kepada pelanggan. Kami akan uruskan segalanya.

Yuran Perkhidmatan EdyCart

EdyCart akan di lancarkan pada 20hb Jan 2011. Pengedar Edy Marketing sedia ada sekarang (seramai 771 orang) layak menggunakan perkhidmatan EdyCart secara percuma selama 100 hari ataupun 50 hari bergantung kepada jumlah yuran pengedar yang di bayar sebelum tarikh perlancaran.

Bagi mereka yang menjadi pengedar selepas tarikh pelancaran EdyCart, mereka hanya akan di beri percuma selama 30 hari sahaja. 

Selepas habis tempoh percuma masing-masing, maka yuran perkhidmatan akan di kenakan sebanyak RM 1 sehari.

Kemudahan EdyCart yang akan anda terima 

1. Pengedar tidak perlu membina web utk jual tshirt muslimah, cukup sekadar mempunyai link ataupun domain name sendiri
2. Pengedar tidak perlu proses pesanan, cukup sekadar semak bayaran dan sahkan serta buat pembayaran ke Edy Marketing
3. Pengedar tidak perlu maklumkan kepada pelanggan tracking no kerana kami akan maklumkan bagi pihak anda
4. Pengedar tidak perlu hantar email follow up utk design baru kerana kami akan hantar bagi pihak anda.
5. Pengedar tidak perlu download gambar utk masukkan ke dalam blog masing-masing, cukup sekadar bagi link sahaja.
6. Pelanggan anda akan pesan produk menggunakan link anda menggunakan sistem shopping cart.
7. dan banyak lagi...

Perbezaan EdyMart dan EdyCart

EdyMart akan kekal sebagai laman web komuniti usahawan internet online dan offline dan sebagai bahan rujukan untuk anda menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

Bahagian produk akan di keluarkan secara berperingkat ke EdyCart. Ini di lakukan bagi memudahkan semua pengedar mampu berniaga melalui internet dengan menggunakan masa seminima mungkin dan fokus terhadap pemasaran produk bagi meningkatkan keuntungan jualan.

Semasa perlancaran EdyCart, ke semua produk tshirt muslimah zariya akan di keluarkan dari EdyMart dan di masukkan ke dalam EdyCart, produk lain akan berada di edymart sehinggalah kami keluarkan ke semuanya peringkat demi peringkat. (Di jangka sehingga akhir tahun ini). Di EdyCart, produk baru akan di tambah.

Rebut peluang menjadi pengedar

Kepada yang berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan perkhidmatan dropship bersama Edy Marketing, bolehlah daftar sebagai pengedar di http://edymart.com/daftar-pengedar

Anda akan dapat akses menggunakan EdyCart selama 100 hari secara percuma sebelum ia di lancarkan.

Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai EdyCart, bolehlah ajukannya di bawah.

Anda juga boleh ke ruangan forum EdyMart untuk melihat serta komen mengenai EdyCart kerana terdapat perbincangan hangat di sana.
http://edymart.com/komuniti/forum/16-pengumuman/1064-edycart-akan-dilancarkan-easy-dropship-yourself-cart
EdyCart bakal mengegarkan industri dropship tanahair
Last Updated ( Friday, 14 January 2011 08:56 )