EdyMart merupakan laman web komuniti usahawan yang di ujudkan pada bulan Mei 2010. Setelah 9 bulan menceburi bidang dropship di tanah air, EdyMart telah maju setapak kehadapan untuk memudahkan proses pesanan dropship. Sehingga kini sebanyak lebih 700 pesanan telah di terima dan telah di proses sepanjang tempoh 9 bulan tersebut.
Menyedari terdapat pelbagai masalah yang di hadapi ketika memproses pesanan yang di terima oleh Pengedar Edy Marketing, kami mengambil keputusan untuk memudahkan proses order dengan mewujudkan EdyCart.
EdyCart merupakan singkatan bagi Easy Dropship Yourself CART yang mampu mengurangkan masa pemprosesan order daripada pelanggan anda dan juga dijangka mampu meningkatkan pendapatan tambahan pengedar. Anda juga akan mendapat link unik kedai EdyCart yang boleh dipromosikan kepada rakan taulan dan menerima pesanan di sana dengan mudah.
Semua produk di EdyMart akan dipindahkan ke EdyCart secara berperingkat dan akan bermula dengan produk t-shirt muslimah Zariya dan Sinar Inspirasi untuk dropship dan beli borong.
Yuran Pengedar Edy Marketing
Terdapat yuran yang perlu dibayar untuk menjadi pengedar Edy Marketing sebagai usahawan tanpa modal beli produk, tanpa penghantaran dan tanpa simpan stok. Pengedar juga boleh menggunakan sistem terbaru kami iaitu EdyCart.
Yuran pendaftaran menjadi pengedar Edy Marketing ialah RM100 dan anda akan mendapat akses percuma selama 30 hari untuk menggunakan EdyCart. Selepas tempoh 30 hari percuma itu, anda perlu membayar yuran sebanyak RM1 sehari. Sekiranya anda tidak membayar yuran pengedar RM1 sehari selepas tempoh percuma tamat, akaun EdyCart anda tidak akan aktif. Walau bagaimanapun, anda tetap boleh akses laman web EdyMart untuk membaca informasi serta berkomunikasi sesama usahawan yang lain.
Pengedar Edy Marketing sebelum EdyCart dilancarkan
Kepada pengedar yang sedia ada, anda akan mendapat akses percuma selama 50 hari atau 100 hari bergantung kepada jumlah yuran yang dikenakan ketika mendaftar menjadi pengedar sebelum ini. Bagi pengedar yang menyertai EdyMart secara percuma di peringkat awal, anda akan mendapat 50 hari akses percuma. Setelah tempoh tersebut tamat, anda juga akan dikenakan yuran sebanyak RM1 sehari.
Gunakan EdyCart sepenuhnya
Diharapkan semua pengedar menggunakan akses percuma di EdyCart sepenuhnya kerana kami yakin, yuran yang kami kenakan amat murah jika dibandingkan kemudahan yang akan anda perolehi serta menjimatkan masa anda dalam memproses produk untuk di hantar ke pelanggan.
Anda boleh mendapatkan informasi lanjut mengenai EdyCart di
atau sila berbincang di ruangan forum dengan cara klik ling di bawah:
http://edymart.com/komuniti/forum/16-pengumuman/1064-edycart-akan-dilancarkan-easy-dropship-yourself-cart



