Satu sesi Live Chat telah di adakan pada hari Khamis, 10 Februari jam 9:30pm - 10:30pm bertempat di http://facebook.com/mohdazrulfans. Saya di temani Saudara Faizul Ali yang merupakan Usahawan jual tudung secara borong (http://www.facebook.com/borongtudungonline). Sempat saya rakamkan script soal jawab Live Chat tersebut di sini.Salam sejahtera...soalan pertama, apakah kita perlu ke semua ilmu sebelum memulakan perniagaan?
Pada pandangan saya, anda tidak perlu kesemua ilmu untuk memulakan perniagaan...yang penting terus mulakan bisnes dengan merujuk kepada mereka yang telah berjaya. minta pandangan mereka. Dan pastikan perniagaan yang ingin anda ceburi memberikan pulangan yang cepat...return invesment of time... model perniagaan yang menggunakan modal yang paling minima dan pulang modal dalam masa yang singkat...oleh itu dari masa ke semasa, tuntut ilmu perniagaan...kerana anda dah balik modal..
Bagaimana untuk menarik perhatian orang klik 'like' fan page produk fizikal
Pandangan saya...Gambar kena besar, jelas dan fokus kepada kelebihan sesuatu produk...lagi bagus masukkan elemen video... sesekali post ayat-ayat yang menarik perhatian supaya mereka tertarik utk klik like..
Adakah kuasa review dapat membantu jualan produk fizikal?tidak kiralah di FB/laman blog/ minisite?
Review yang positif bermaksud orang berpuas hati dengan produk tersebut...ianya mampu menyakinkan pengguna lain untuk membeli produk tersebut..
Mengenai shipping cost..mcm mane nk kawal shipping cost ne? ade yg wat free shipping n ade yg tidak.. amacam? explain kelebihan n kekurangan..
Ia bergantung kepada modal produk tersebut dan margin keuntungan....sekiranya margin tinggi maka boleh bagi free shipping...tapi kalau margin untung rendah...payah nak bagi free shipping...jadi elok letak harga produk sahaja dan letak kos pos supaya pelanggan tertarik dengan harga produk...
Kalau ada kes kos shipping lebih tinggi dr kos produk, agak2 apa pandangan bakal pelanggan?
Sebab itu perlu pilih produk yang lebih dari kos shipping... ataupun sekiranya produk murah, jual secara bundle...lebihkan kuantiti... sekiranya harga shipping markup, akan nampak mahal...so pandangan saya, jangan markup..
Apa teknik pemasaran produk fizikal yang paling berkesan?
Anda perlu sediakan segala informasi lengkap tentang produk tersebut, gambar yang menarik dan masukkan semua informasi tersebut di blog atau web atau fb...dan dengan cara ini pelanggan akan tertarik dengan produk itu tanpa perlu bertanya dan sudah mampu untuk menjual..
Bagaimana untuk mempromosi dropship kita secara viral dan Apa yang saya lihat sekarang ini para pengedar edymart/edycart cuba bersaing sesama sendiri dalam "1 kolam" atau tempat yang sama. Bagaimana nak mengelak situasi ini?
Pada pandangan saya, rekod telah menunjukkan walaupun satu kolam, pengedar buat sales kerana mereka sudah ada pelanggan tetap, mereka membeli pada org yang biasa mereka beli tanpa tengok yang lain... disamping EdyCart menyediakan sistem yang mampu menarik minat repeat buyer.... Jika lihat sahaja memang begitu tetapi yang telah menjual, apa kata pengedar semua ?
Sejauh mana edycart boleh pergi dlm bidang bisnes online kerana kami yg buat full time mmg mengharapkan ..umpama majikan n bisnes kami..
Sistem EdyCart berkonsepkan bantu usahawan untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang paling mudah ... Apa yang paling penting, sistem EdyCart sentiasa akan upgrade dengan tujuan boleh menambahkan income melalui internet dan menguruskannya dalam masa yang singkat tanpa pengetahuan IT yang mendalam...EdyCart juga mempunyai sistem built-in marketing yang boleh membantu anda meningkatkan jualan...
Soalan terakhir.. Apakah strategi paling sesuai untuk meningkatkan produk fizikal?
Informasi kena lengkap dan perbagaikan bentuk informasi produk untuk di hebahkan seperti video, artikel, gambar, audio dan sebagainya...dan pastikan pelanggan mudah untuk membeli tanpa banyak soal...gunakan soalan yang sering di tanya untuk melengkapkan informasi sedia ada...Tahniah kepada Tuan Gero Azrul kerana menganjurkan Live Chat ini dan di harapkan anda semua mendapat manfaat daripada ilmu yang di kongsi bersama ini ...
Anda boleh baca testimonial ikhlas yang di berikan mengenai EdyMart & EdyCart ...



