atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

CARIAN PANTAS :       

Untung sedikit tapi boleh hidup senang, realiti atau fantasi ...

E-mail Print PDF
edycartSaya tertarik dengan tulisan salah seorang pengedar Edy Marketing di blognya bertajuk Bila Boleh Nak Kaya ?. Ia mengisahkan perbualan beliau dengan salah seorang penduduk kampung beliau (kampung men). Perbualan ini berkisarkan pertanyaan kampung men tentang perniagaan yang di ceburi oleh beliau. Setelah menerangkan mengenai perniagaan internet yang diceburinya, beliau mendapat satu maklum balas dan pertanyaan yang agak menarik. Bila boleh nak kaya, kerana keuntungan yang boleh di perolehi hanyalah RM 5-RM 10 untuk sehelai T-Shirt muslimah yang di jualnya melalui EdyCart. Jawapnya selamba. Saya bukan nak kaya tetapi saya nak senang. (EdyCart jawapannya...)

Adakah Perniagan Internet berbaloi ?

Mari kita renung perkongsian pengalaman saya. Setelah saya berkecimpung di dalam perniagaan internet lebih dari 7 tahun dan ketika itu di rantau orang (United Kingdom), banyak perkara yang telah saya pelajari dan dalami. Pengalaman hidup juga mengajar saya erti sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan. Saya tidak mahu mereka di luar sana menjadi seperti saya. Kesimpulan yang boleh saya lakukan ialah apa sahaja perniagaan memerlukan masa, tenaga, ilmu dan wang ringgit. Dengan sedikit tenaga, ilmu dan wang ringgit, saya bertekad untuk menyediakan prasarana bagi membantu usahawan mencapai apa yang mereka inginkan dengan cara yang paling senang.

Tertubuhnya EdyMart

EdyMart diujudkan pada 1 Mei 2010 dan di kendalikan oleh syarikat berdaftar Edy Marketing. Easy Do Your Marketing And Relationship Together sudah cukup untuk merungkai maksud yang mendalam dan merupakan komponen paling asas dalam perniagaan. Kerjasama, perhubungan ikhlas dan pemasaran merupakan elemen terpenting dalam perniagaan. Oleh itu ia menjadi konsep asas dalam memperkembangkan EdyMart di seluruh Malaysia. EdyMart merupakan portal yang mampu membantu dan menyediakan prasarana asas dalam membentuk seseorang yang minat dalam bidang perniagaan.

Mula dari kecil, bina pengalaman di EdyMart.

Jika di lihat dari sudut luaran, memang tidak di nafikan keuntungan yang di perolehi agak kecil dan adakah ia berbaloi ? Jawapan saya amat berbaloi kerana pada peringkat awal usahawan perlu mempunyai pengalaman sendiri kerana setiap orang pengalamannya berbeza walaupun apa yang dilakukan adalah sama. Ini di sebabkan masa, tenaga, tahap ilmu dan wang ringgit yang ada pada individu tersebut tidak sama. Oleh itu lakukannya terlebih dahulu, timba ilmu dan pengalaman menggunakan masa dan wang ringgit yang paling minima. Hanya perlu RM 100 untuk memulakannya dan menjadi Pengedar Edy Marketing yang sah membolehkan anda berpeluang untuk mendapatkan kedai online shopping cart (EdyCart) milik sendiri dalam masa 5 minit setup serta boleh berniaga sejumlah lebih RM 50 ribu nilaian produk yang telah disediakan.

EdyMart bantu anda jadi usahawan

Visi, Misi dan Objektif kami jelas iaitu membantu usahawan memulakan perniagaan dengan cara yang paling mudah melalui internet. Pada peringkat awal, lakukan apa yang telah sedia ada untuk berniaga dan dapatkan pendapatan terlebih dahulu dan dalam masa yang sama timba ilmu serta pengalaman dalam waktu yang terhad. InsyaAllah keuntungan yang besar keuntungan yang besar akan diperolehi. Kami di Edy Marketing telah pun menyediakan pelan perniagaan jangka panjang yang akan memberikan pulangan yang lumayan kepada pengedar namun adakah ianya sesuai untuk di maklumkan ? Biarlah kami laksanakan pelan persebut peringkat demi peringkat dan insyaAllah dengan kerjasama pengedar semua mampu menjayakan usaha ini. Pengedar Edy Marketing yang telah menyertai EdyMart pada peringkat awal sudah pun mampu melihat perjalanan kami dan di mana hala tuju kami. (Pengedar boleh komen di bawah)

Anda mempunyai pilihan

Oleh itu anda mempunyai pilihan sama ada ingin menjadi usahawan bersama-sama EdyMart atapun sebaliknya. Segala-galanya terserah kepada anda. Saya sendiri yang merupakan Founder EdyMart sudah tentu ingin meraih kejayaan bersama-sama pengedar Edy Marketing dan InsyaAllah dengan sokongan daripada anda semua, kita mampu untuk menjadi usahawan yang hanya menggunakan masa yang sedikit tetapi mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan di masa hadapan dan di suatu masa nanti tidak terikat untuk bersama-sama dengan EdyMart dan bebas menjalankan perniagaan sendiri setelah melalui pengalaman yang amat bernilai di EdyMart pada peringkat awal.

Baca artikel Bila Boleh Nak Kaya dan sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan melalui internet cara mudah bersama EdyMart, sila KLIK SINI

Untung sedikit tapi boleh hidup senang, realiti atau fantasi ...
Last Updated ( Thursday, 24 March 2011 07:17 )