atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

CARIAN PANTAS :       

Pembekal Edy Marketing Di Perlukan dalam Bisnes EdyMart

E-mail Print PDF
Flow_ChartEdy Marketing merupakan sebuah syarikat yang mampu memasarkan produk terus kepada pengguna sama ada secara online ataupun offline. Produk tersebut akan di pasarkan melalui Pengedar Edy Marketing yang pada ketika ini berjumlah 854 orang. Pengedar yang telah menggunakan Sistem Kedai Online EdyCart berjumlah 212 orang. Kami memerlukan pembekal produk untuk menjadi Rakan Niaga EdyMart. Tawaran ini di buka kepada jenis produk yang belum di senaraikan di dalam EdyCart. Sehingga kini produk yang telah di senaraikan ialah Tshirt Muslimah dan Tudung.  

Terdapat beberapa kategori produk yang akan di masukkan ke dalam Sistem EdyCart Version 2 (akan di lancarkan pada bulan April). Beberapa pembekal produk dan perkhidmatan telah pun menghubungi kami untuk bersama-sama menyertai Bisnes EdyMart sebagai Rakan Niaga. Di antaranya ialah Pembekal Tudung Labuh, Jubah, Telekong, Produk Kesihatan, Gaun Kanak-Kanak Batik, Kain Pasang, Khidmat Printing, Photografi, Home Stay, Salon, Wangian Aromaterapi dan banyak lagi. 

Kami sedang menganalisa beberapa pakej yang sesuai untuk di gunakan oleh pembekal bagi meningkatkan hasil penjualan produk atau perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Pemasaran dan Penghantaran Produk/Perkhidmatan

1. Produk/Perkhidmatan terpapar di EdyCart dan hanya di paparkan dalam kedai online pembekal sahaja.
2. Produk/Perkhidmatan terpapar di EdyCart dan di paparkan dalam kedai online pengedar yang mengambil bahagian.
3. Produk di hantar kepada pelanggan dari premis pembekal.
4. Produk di hantar kepada pelanggan dari premis Edy Marketing.

Kelebihan menjadi Rakan Niaga EdyMart

1. Mempunyai kedai online Shopping Cart dan boleh jual secara online
2. Pemasaran yang meluas di lakukan oleh Team EdyMart dengan kos yang rendah
3. Tidak perlu mencari pengedar baru bagi produk anda
4. Mendapat imbuhan sekiranya terdapat pengedar baru ingin mempromosikan produk anda
5. Banyak lagi ...

Syarat-syarat umum untuk menjadi Pembekal Edy Marketing

1. Perbincangan awal perlu di lakukan membolehkan pembekal mengetahui konsep bisnes EdyMart
2. Produk/Perkhidmatan yang hendak di bekalkan belum lagi tersenarai dalam EdyCart (http://edycart.com)
3. Struktur harga yang kompertitif di tawarkan - Antara harga pengedar dan harga pasaran
4. Produk/Perkhidmatan datangnya dari kilang, atau pembekal tunggal supaya harganya kompertitif
5. Produk/Perkhidmatan mencapai mutu yang memuaskan
6. Syarat akan di tambah dari masa ke semasa

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan berminat untuk menjadi Rakan Niaga Kami, bolehlah menghubungi Sham 019-6552606.
  Pembekal Edy Marketing Di Perlukan dalam Bisnes EdyMart