1. Assalamualaikum Tuan Sham. Harap saya tidak menganggu Tuan. Seperti yang kita tahu saya hendak menemubual Tuan untuk dipaparkan di blog saya. Sebelum tu, boleh Tuan ceritakan serba sedikit mengenai tuan dan bagaimana tuan boleh menceburi dunia IM ini?
2. Apakah pengalaman paling pahit dan paling manis sepanjang Tuan menjadi IM ini?
3. Mungkin ramai belum tahu apa itu Edymart dan konsep perniagaan online menggunakan sistem edymart. Boleh Tuan ceritakan serba sedikit tentang apa itu Edymart, konsep sistem Edymart dan orang-orang di belakang tabir Edymart ini?
4. So, apakah perancangan dan harapan Tuan terhadap Edymart?
5. Katakan kalau saya berminat untuk menjadi ahli Edymart, apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana dan sejauh mana servis Edymart boleh membantu saya dalam membuat perniagaan online?
6. Seperti yang kita tahu, Edymart mempunyai persaingan daripada sebuah lagi syarikat yang menawarkan servis perkhidmatan yang lebih kurang sama dengan Edymart. Boleh Tuan ceritakan bagaimana Tuan melihat kepada persaingan ini?
7. Ini soalan terakhir dari saya. Apakah yang Tuan akan buat sekarang jika Tuan bukan seorang IM sebab kalau tengok Tuan ni bukan calang-calang oranya-memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal Elektronik dari United Kingdom ?
8. Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan dari saya. Saya harap Edymart terus maju dan membantu orang ramai terutama mereka yang berminat memulakan perniagaan online mereka.
Perhatian : Artikel ini tidak boleh diambil melainkan dengan izin pihak cdiqlife
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana sudi menemubual saya untuk dimuatkan dalam blog tuan. Berbalik kepada soalan yang diutarakan, saya kini berumur 31 tahun dan memang minat dalam melakukan bisnes. Latarbelakang keluarga yang mempunyai bisnes menyebabkan minat ini disemai dari kecil hinggalah sekarang.
Saya menceburi dunia IM ini sejak dari tahun 2002. Pada ketika itu saya di United Kingdom mengambil jurusan ijazah kejuruteraan Elektronik. Di negara maju seperti UK, banyak teknologi berasaskan IT telah dilaksanakan dan dari situ saya telah memasang azam yang tinggi bahawa satu hari nanti, segala teknologi yang mereka ada akan dibina dan di bawa ke negara sendiri. Oleh itu, proses pembelajaran serta proses terokai dilakukan dengan penuh minat memandangkan platform melalui internet mempunyai kelebihan yang amat luas jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

Pengalaman paling pahit saya ialah platform marketing yang dibina pada tahun 2007 tidak mampu untuk dilaksanakan disebabkan masalah peribadi serta tidak memberikan pulangan seperti yang diharapkan walaupun banyak masa serta wang telah dilaburkan. Namun konsep tersebut sedang dilaksanakan dalam bisnes masa kini.
Pengalaman paling manis ialah ketika ini, saya mampu membantu ramai usahawan menjana pendapatan melalui internet menggunakan platform EdyMart yang dibina sejak Mei 2010. Mereka telah mempunyai bisnes internet sendiri serta kedai online yang dibina dengan mudah dan sepantas 5 minit.
Pengalaman paling manis ialah ketika ini, saya mampu membantu ramai usahawan menjana pendapatan melalui internet menggunakan platform EdyMart yang dibina sejak Mei 2010. Mereka telah mempunyai bisnes internet sendiri serta kedai online yang dibina dengan mudah dan sepantas 5 minit.
3. Mungkin ramai belum tahu apa itu Edymart dan konsep perniagaan online menggunakan sistem edymart. Boleh Tuan ceritakan serba sedikit tentang apa itu Edymart, konsep sistem Edymart dan orang-orang di belakang tabir Edymart ini?
EdyMart menyediakan kedai online yang membolehkan mereka terus berniaga di internet dengan serta merta tanpa aspek yang rumit. EdyMart merupakan platform yang menghubungkan antara pembeli-anda-pembekal. Setelah anda memiliki kedai online jenama anda sendiri, anda boleh terus mempromosikannya dengan cara mudah.
Visi EdyMart melahirkan usahawan offline dan online yang maju dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa.
Misi EdyMart mewujudkan prasarana dan kemudahan infrastruktur kepada usahawan dalam membimbing serta membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya.
Objektif EdyMart pula ialah:
1. Mewujudkan masyarakat peniaga/usahawan menggunakan medium internet
2. Mengadakan e-infrastruktur yang komprehensif supaya usahawan berdaya maju
3. Merealisasikan aliran ekonomi yang bersepadu
4. Kemudahan proses urus niaga yang telus
5. Membuka peluang perniagaan yang meluas

Perancangan dan harapan saya terhadap EdyMart ialah mampu melaksanakan objektif yang dirangka seperti yang diterangkan di atas dari masa ke semasa untuk mencapai visi dan misi EdyMart. Ia juga diharapkan mampu membantu semua golongan usahawan yang ingin menggunakan medium internet dalam memperluaskan proses pemasaran dan memperkembangkan perniagaan di satu tahap yang lebih tinggi.
5. Katakan kalau saya berminat untuk menjadi ahli Edymart, apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana dan sejauh mana servis Edymart boleh membantu saya dalam membuat perniagaan online?
Sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan bisnes internet, hanya perlu daftar di web EdyMart dan setup kedai online jenama sendiri dalam masa 5 minit. Semua produk dari pembekal telah tersedia dan boleh dipromosikan.
6. Seperti yang kita tahu, Edymart mempunyai persaingan daripada sebuah lagi syarikat yang menawarkan servis perkhidmatan yang lebih kurang sama dengan Edymart. Boleh Tuan ceritakan bagaimana Tuan melihat kepada persaingan ini?
Pada pandangan saya, persaingan ada di mana-mana. Bisnes internet amat luas sehingga boleh diakses dari pelusuk dunia kerana yang penting akses internet itu ada. Oleh itu, saya menukarkan persaingan ini sebagai satu perkongsian serta kayu ukur untuk menuju ke tahap yang lebih baik serta memberi kebaikan kepada masyarakat pada umumnya.
7. Ini soalan terakhir dari saya. Apakah yang Tuan akan buat sekarang jika Tuan bukan seorang IM sebab kalau tengok Tuan ni bukan calang-calang oranya-memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal Elektronik dari United Kingdom ?
Minat untuk melakukan bisnes memang sudah tertanam sejak dari kecil lagi serta niat untuk membantu mereka yang memerlukan amat dititikberatkan kerana dengan bantuan ini, ia mampu membantu diri kita sendiri. Sebagai contoh, ajarlah mereka memancing dengan menyediakan pelbagai peratatan memancing, nescaya mereka akan mendapat banyak ikan dan ikan tersebut boleh dirasai oleh semua orang termasuk diri saya sendiri.
Oleh sebab itulah saya memilih untuk menjadi usahawan. Sekiranya tiada minat ini, saya yakin, saya telahpun menjadi engineer di salah sebuah syarikat dengan pendapatan tetap setiap bulan.
Oleh sebab itulah saya memilih untuk menjadi usahawan. Sekiranya tiada minat ini, saya yakin, saya telahpun menjadi engineer di salah sebuah syarikat dengan pendapatan tetap setiap bulan.
8. Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan dari saya. Saya harap Edymart terus maju dan membantu orang ramai terutama mereka yang berminat memulakan perniagaan online mereka.
Sama-sama. harapan saya semoga patform EdyMart yang di bina ini menjadi milik kita bersama sesuai dengan slogan ringkasan EdyMart (Easy Doit Yourself - Marketing And Relationship Together. Selamat maju jaya dan sekian terima kasih.