Encik Sham:ES
Lepat:L
L:Ceritakan serba ringkas mengenai Encik Sham dan berapa lamakah Encik Sham berada dalam industri Bisnes Internet?
ES:Sebenarnya nama saya Shamsurizam Norsham dan telahpun berkecimpung dalam bisnes internet sejak pada tahun 2002 iaitu sudah hampir 9 tahun dan paling menarik sekali saya mula bergiat dalam busines internet ketika saya belajar di United Kingdom semasa mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.
L:Perkembangan terbaru EdyMart ketika ini?
ES:Ketika ini,pihak EdyMart sedang menumpukan TIGA aspek penting iaitu pertama,EdyMart kini sedang menambahkan produk kerana menerima permintaan ramai daripada pembekal disamping juga menapis produk-produk lain yang laris di pasaran.
Kedua,EdyMart juga sedang meningkatkan keupayaan sistem EdyCart supaya ianya lebih mudah,pantas,efektif dan mampu untuk berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.
Ketiga,EdyMart juga fokus dalam membantu para pengedar untuk menjana pendapatan dan melakukan pemasaran untuk sistem kedai online mereka.
L:Bagaimana cara dan teknik Encik Sham dalam promosikan perniagaan internet Encik Sham khususnya dalam Edymart Marketing?
ES:Terdapat banyak cara dan platform yang saya gunakan.Pendekatan dan cara yang selalu saya gunakan dan tekankan kepada branding atau jenama EdyMart itu sendiri.Saya perlu branding EdyMart dimana-mana tidak kiralah samada online atau offline supaya orang ramai kenal dan mengetahuinya lebih mendalam.
Saya lebih suka fokus mengajar,mendidik dan membimbing usahawan yang berminat dengan bisnes internet dalam aspek pemasaran.Secara tidak langsung mereka akan promosikan jenama EdyMart dengan usahawan berjaya dalam bisnes internet dan seterusnya memberikan manfaat dan konsep win-win situation antara EdyMart dan usahawan bisnes internet EdyMart itu sendiri.
L:Pandangan Encik Sham mengenai industri perniagaan internet Malaysia ketika ini?
ES:Industri perniagaan internet Malaysia semakin berkembang pesat.Ramai orang masih tercari-cari model bisnes internet yang menguntungkan dan mudah dilakukan kerana terlampau banyak model bisnes yang muncul.
Pada masa yang sama prasarana internet sudah mencapai kemajuan seperti kemunculan Unifi yang membolehkan internet dapat diakses dengan lebih laju.Beberapa platform dan saluran sedang berkembang dan dibina seperti sistem kedai online dan produk-produk yang dijual diinternet dan Facebook.Malah,ada yang menjana pendapatan sehingga mencapai puluhan ribu ringgit sebulan.
Begitu juga dengan panduan dan teknik memulakan perniagaan internet yang banyak dihasilkan oleh ramai IM Malaysia samada menerusi ebook,video,laporan,audio dan sebagainya.Ia berikan banyak pilihan kepada orang ramai untuk memilih dan menguasai model bisnes internet mereka.
Jadi,saya melihat tahun-tahun akan datang,jika ianya dirancang dengan teliti,maka ia akan menjadi fenomena yang harus disertai oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
L:Kenapa EdyMart menjadi pilihan ramai usahawan internet Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru dalam perniagaan internet.
ES:EdyMart atau nama singkatan bagi Easy Do It Yourself Marketing And Relationship Together.Pertama,saya lebih fokuskan kepada MUDAH kerana sesiapa yang berminat hendak berniaga,mereka memerlukan saluran atau platform yang mudah.Sebagai contoh,apa yang EdyMart tawarkan adalah dalam masa 5 minit,mereka sudahpun memiliki kedai online sendiri.Apabila mereka sudah ada kedai online jenama mereka sendiri,maka mereka sudah boleh mulakan aktiviti perniagaan dan melakukan pemasaran produk-produk dalam sistem kedai online mereka.
Kedua,adalah networking.Ianya saling berkait rapat dan membantu dikalangan usahawan internet itu sendiri.Malah ianya juga berkait rapat dengan networking antara pembekal dan EdyMart dan pengedar EdyMart sendiri.Pihak pembekal hanya menumpukan penghasilan produk berkualiti dan memiliki permintaan tinggi seterusnya akan dihantar ke EdyMart dan kemudiannya dipasarkan kepada pelanggan menerusi pengedar EdyMart.Ianya memudahkan pembekal-pembekal produk yang dipasarkan.
Secara tidak langsung,EdyMart adalah mudah sebenarnya dan mempunyai potensi yang amat besar pada masa akan datang.
Kualiti servis,pemasaran dan pendapatan usahawan internet EdyMart akan ditingkatkan dari masa ke semasa oleh pihak EdyMart.
L:Apakah tips,panduan dan nasihat Encik Sham untuk mereka yang baru memasuki bisnes internet ini terutamanya bisnes dropship?
ES:Pertama sekali,modal anda adalah minimum.
Kedua,pastikan bisnes yang anda jalani adalah mudah dan anda mampu laksanakan kerana ramai yang beli banyak panduan tetapi tiada tindakan yang dilakukan oleh mereka.
Ketiga,lakukan dengan minat anda dan serius.Anda perlu fokuskan kepada platform yang cepat disiapkan,mudah dan boleh menjana income dengan pantas antaranya program affiliate dan program dropship dalam sistem kedai online EdyMart.
Keempat,perlulah promosikan produk-produk mengikut niche-niche dan bidang-bidang yang sesuai supaya dapat menjana pendapatan dengan program affiliate mahupun program dropship dalam sistem kedai online.
Kelima,anda hendaklah bersabar dan tidak mudah berputus asa kerana perniagaan adalah satu seni dan menuntut usaha,fokus dan keyakinan tinggi untuk berjaya.
L: Terima kasih kerana sudi ditemuramah dan semoga anda terus berjaya dalam EdyMart!
ES:Sama-sama Lepat.Saya berharap perkongsian ini bakal berikan manfaat dan mesej yang berharga kepada pembaca semua.
Muat turun Audio Rakaman dan Ebook Transkrip Temubual Eksklusif ini pada link di bawah:
bloglepat.com/temuramah-eksklusif-bersam...shamsurizam-norsham/
Perhatian : Tidak dibenarkan mengambil artikel ini tanpa mendapat keizinan daripada pihak bloglepat.com



