Siri Temubual Eksklusif Edisi Januari 2012 kini kembali dan dalam Episod 1, Saudara Ary EdyMart KL bakal kongsikan tips, panduan, kejayaan dan pengalaman beliau sebagai pembekal produk terlaris dan membantu ramai usahawan dalam Hub Usahawan Online memasarkan produk berkenaan sehingga mencapai jualan yang menakjubkan dan sekaligus menaikkan nama dan kredibiliti beliau sebagai pembekal produk paling LARIS dan HOT di pasaran.
Jom ikuti rakaman Temubual Eksklusif ini bersama beliau.Enjoy! Assalammualaikum dan selamat malam kepada anda semua yang mendengar rakaman temubual eksklusif kali ini,dibawakan khas oleh BlogLepatDotCom – Blog Rasmi Pakar Review Produk Digital.Tetamu saya pada malam ini adalah Saudara Mohd Ashaari Abdul Razak atau lebih dikenali di Facebook, Ary EdyMart KL.
Assalammualaikum.Apa kabar Brader Ary?Waalaikumussalam.Alhamdulilah,sihat.
Boleh ceritakan serba ringkas latarbelakang diri Brader Ary.Nama saya Ary, berasal dari Kuala Lumpur,menetap di Cheras. Sudah berumahtangga.
Boleh kongsikan pengalaman dan penglibatan Brader Ary dalam menjalankan bisnes menerusi Hub Usahawan Online?
Pengalaman saya bersama EdyMart ini bermula pada bulan awal 7 2011. Pada awalnya dulu saya ada memerhatikan sahaja. Masa tu belum rasa nak cuba buat lagi sebab masih belum memahami konsep bisnes ini. Namun setelah mendapat peluang menyertai Webinar anjuran En Sham pada pertengahan bulan 7 (semasa bulan puasa) barulah saya memahami konsep perniagaan ini. Alhamdulilah pada hari tu saya menjadi pengedar kepada EdyMart.
Sebagai usahawan dalam Hub Usahawan Online,apakah pandangan Brader Ary mengenai kekuatan, kelebihan dan potensi Hub Usahawan Online membantu dan membimbing masyarakat Malaysia dalam memulakan perniagaan sendiri di internet?
Pada pandangan saya sebagai Usahawan dalam Hub Usahawan Online, kekuatan yang ada pada Hub Usahawan Online EdyMart ini adalah dengan adanya pasukan yang berkerjasama untuk menjayakan perniagaan ini yang mana kelebihan dalam ini adalah jika seorang yang baru dalam bidang ini, mereka akan diajar hinggalah mahir menggunakan internet itu sendiri. Dan potensi yang ada seharusnya diambil oleh semua orang di Malaysia tak kira yang sudah menceburi perniagaan ataupun baru nak mempelajari bidang ini.
Sebagai salah seorang pembekal produk berkualiti dalam Hub Usahawan Online, boleh Brader Ary kongsikan produk,keunikkan dan potensi produk berkenaan.
Dalam Hub Usahawan Online Edymart ini saya adalah pembekal produk Mee Sanggul Mutiara. Produk ini dari Pulau Pinang. Keunikan produk ini adalah satu produk orang islam yang mana ianya adalah mee yang dikeringkan dan tahan lama dan tidak mempunyai sebarang pewarna, kapur dan sebagainya.
Mee Sanggul ini memang sesuai digunakan seisi keluarga. Boleh buat mee kari, mee goreng, mee soup dan sebagainya. Potensi produk selain satu produk makanan dalam kedai online Edymart ianya juga boleh diluaskan lagi pasarannya ke serata negeri, Insyallah.
Apakah tips dan panduan yang Brader Ary amalkan untuk menjadi pembekal produk yang cemerlang dan berjaya?
Pada saya untuk menjadi pembekal produk yang cemerlang dan berjaya harus mengetahui perihal produk yang kita promosi. Buat testimoni dari pelanggan-pelanggan yang sudah membeli. Dari hasil testimoni ini yang akan memberi keyakinan untuk pelanggan yang membeli.
Apakah perancangan Brader Ary dalam masa 5 tahun akan datang?Insyallah perancangan saya dalam Hub Usahawan Online ini agar terus berkembang hingga ke peringkat global.
Akhir sekali, apakah nasihat Brader Ary dan pesanan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri.
Nasihat saya sebelum menceburi bidang perniagaan, sebaiknya dapatkan ilmu pengetahuan yang boleh membantu mereka dalam bidang yang mereka ceburi.
Begitulah sesi rakaman audio temubual eksklusif bersama Brader Ary. Semoga perkongsian beliau dapat memberikan input, manfaat dan motivasi kepada anda supaya bergerak lebih maju,pantas dan mempraktikkannya dalam aktiviti perniagaan anda ketika ini.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Brader Ary kerana sudi ditemubual untuk segmen Temubual Eksklusif dalam BlogLepatDotCom.
Sama-sama Lepat.
Saya akhiri rakaman ini dengan assalammualaikum dan jumpa lagi.
Muat Turun Audio Rakaman dan Ebook Transkrip Temubual Eksklusif Januari 2012 ini pada pautan dibawah:
http://bloglepat.com/temubual-eksklusif/jom-muat-turun-audio-rakaman-temubual-eksklusif-januari-2012-bersama-saudara-ary-edymart-kl/
Perhatian : Tidak dibenarkan mengambil artikel ini tanpa mendapat keizinan daripada pihak bloglepat.com