atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

Temubual Eksklusif Bersama Pembekal Coklat Minda

E-mail Print PDF
Siri Temubual Eksklusif Edisi Januari 2012 kini kembali dan dalam Episod 3, Puan Nik Zaleha Nik Mustapha yang tenang, cool dan bersemangat tinggi bakal kongsikan tips,panduan, kejayaan dan pengalaman beliau sebagai pembekal produk terlaris dan membantu ramai usahawan dalam Hub Usahawan Online memasarkan produk berkenaan sehingga mencapai jualan yang menakjubkan dan sekaligus menaikkan nama dan kredibiliti beliau sebagai pembekal produk paling LARIS dan HOT di pasaran.

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini dalam siri Temubual Eksklusif bakal dedahkan rahsia, tips dan pengalaman salah seorang pembekal produk paling hangat ketika ini dari Hub Usahawan Online. Beliau adalah Puan Nik Zaleha Nik Mustapha atau lebih dikenali sebagai Kak Nik Ha.

Assalammualaikum dan selamat malam Kak Nik Ha. Apa kabar?

Waalaikumussalam. Alhamdulilah, sihat.

Boleh ceritakan serba ringkas latarbelakang diri Kak Nik Ha.

Berasal dari Kelantan. Sudah berkeluarga dan mempunyai sepasang cahayamata. Menceburi perniagaan melalui internet 2 tahun yang lalu berasaskan konsep butik Muslimah dan Keibubapaan Alami. Masih bekerja sepenuh masa dan mempunyai impian untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Dunia perniagaan bukan sesuatu yang asing kerana sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan kecil-kecilan ibu sebagai tukang jahit dan menjual baju kurung di pasar besar Kota Bharu. Semangat para peniaga wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini menjadi inspirasi buat saya. Idola saya adalah Siti Khadijah al-Taheerah.

Saya juga merupakan Rakan Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counsellor) dan sangat komited dengan dunia penyusuan ibu dan keibubapaan.

Boleh kongsikan pengalaman dan penglibatan Kak Nik Ha dalam menjalankan bisnes menerusi Hub Usahawan Online?

Memulakan bisnes menerusi Hub Usahawan Online sejak awal penubuhan Edymart pada Mei 2010. Saya telah melihat perkembangan Hub Usahawan Online dan kesungguhan pengasasnya Saudara Shamsurizam Norsham(Sham EdyMart) dan pasukan dalam memajukan Hub Usahawan Online ini. Saya sentiasa yakin dengan usaha beliau. Amat banyak kemudahan dan bimbingan yang diberi dari segi sistem kedai online yang sentiasa diupgrade, peluang menimba ilmu pemasaran melalui bengkel dgn yuran yang amat rendah, on job training dan banyak lagi.

Sebagai usahawan dalam Hub Usahawan Online, apakah pandangan Kak Nik Ha mengenai kekuatan, kelebihan dan potensi Hub Usahawan Online membantu dan membimbingmasyarakat Malaysia dalam memulakan perniagaan sendiri di internet?

Saya melihat kekuatan dan kelebihan Hub Usahawan Online dari segi bimbingan dan sokongan yang padu buat semua yang menyertai hub ini tidak kira sebagai pembekal mahupun pengedar. Ahli-ahli terdiri dari pelbagai latarbelakang dan akan dibimbing, akan dipastikan mampu menjadi usahawan yang sebenar. Ahli-ahl dipupuk untuk saling berkongsi dan membantu antara satu sama lain agar sama-sama berjaya dalam perniagaan internet ini. Saya mendapati banyak peluang yang boleh kita dapati dalam hub ini dan berpotensi untuk berkembang maju di seluruh Malaysia mahupun antarabangsa. 

Sebagai salah seorang pembekal produk berkualiti dalam Hub Usahawan Online, boleh Kak Nik Ha kongsikan produk, keunikan dan potensi produk berkenaan.

Coklat Minda sangat unik kerana fungsi khusus untuk otak kita. Sepanjang 3 tahun di pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura, ramai yang telah memberi maklumbalas positif dan dengan keberkesanan produk ini.

Coklat Minda jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan dikelaskan sebagai makanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.

Khasiat Dan Kebaikan:

1.Meningkat dan Menguatkan
Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.

2.Mengatasi rasa gugup
Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan 'blank' walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

3.Memulihkan Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.

4.Mengekang Rasa 'give up' walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah.
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk:
1.Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
2:Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
3.Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
4.Pemulihan 'mood' kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

gambarcoklatminda1
 

Apakah tips dan panduan yang Kak Nik Ha amalkan untuk menjadi pembekal produk yang cemerlang dan berjaya?

Antara tips dan panduan adalah:
1.Mementingkan manfaat sesuatu produk itu, contoh: membantu ibu-ibu menyusu, membantu ibubapa, memudahkan pengguna
2.Sentiasa belajar cara-cara terbaik untuk berkongsi ilmu tentang produk, strategi perniagaan.

Apakah perancangan Kak Nik Ha dalam masa 5 tahun akan datang?

Saya berazam untuk mempunyai jenama baju menyusu Muslimah sendiri dan mempunyai hub penyusuan dan keibubapaan Islami.

Akhir sekali,apakah nasihat Kak Nik Ha dan pesanan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri.

Untuk memulakan perniagaan kita perlu ada semangat yang jitu, sikap yang sentiasa positif dan sanggup mencari ilmu dalam bidang ini. Betulkan niat kita untuk berniaga bukan hanya untuk menambah pendapatan tapi untuk menyumbang kepada ummat. Pada Muslim, perniagaan adalah Sunnah Nabi kita , jadi amat baguslah untuk kita menerokai bidang ini. Cari kelebihan dan minat yang ada pada diri kita. Belajar dari mentor-mentor hebat.

Begitulah berakhirnya rakaman temubual eksklusif ini. Saya berharap agar rakaman temubual ini dapat memberikan panduan,tips dan motivasi kepada anda khususnya jika anda adalah seorang usahawan, peniaga ataupun ahli perniagaan yang menjalankan apa jua bentuk bisnes anda ketika ini.

Kepada Kak Nik Ha,saya ucapkan ribuan terima kasih dan semoga sukses selalu!

Sama-sama,Lepat.

Assalammualaikum dan jumpa lagi!Bye!Bye!

Waalaikumussalam.

Muat Turun Audio Rakaman dan Ebook Transkrip Temubual Eksklusif Januari 2012 ini pada pautan dibawah: 
http://bloglepat.com/temubual-eksklusif/jom-muat-turun-audio-rakaman-temubual-eksklusif-januari-2012-bersama-puan-nik-zaleha-nik-mustapha/ 

Perhatian : Tidak dibenarkan mengambil artikel ini tanpa mendapat keizinan daripada pihak bloglepat.com 
Temubual Eksklusif Bersama Pembekal Coklat Minda
Last Updated ( Wednesday, 18 January 2012 07:36 )  

Statistik Prasarana

Komuniti : 8283 orang
Pengedar: 1209 orang
Groups : 24
Forum : 90145 pembaca
Blog : 404 Topik
Video : 70 video
Gambar : 1374 gambar