atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

Temubual Eksklusif Bersama Pembekal Corelle dan Aromaterapi SUTRA

E-mail Print PDF
Siri Temubual Eksklusif Edisi Januari 2012 kini kembali dan dalam Episod 4(terakhir), Puan Norazlina Ramdzan yang tenang, cool dan bersemangat tinggi bakal kongsikan tips, panduan, kejayaan dan pengalaman beliau sebagai pembekal produk terlaris dan membantu ramai usahawan dalam Hub Usahawan Online memasarkan produk berkenaan sehingga mencapai jualan yang menakjubkan dan sekaligus menaikkan nama dan kredibiliti beliau sebagai pembekal produk paling LARIS dan HOT di pasaran.

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Malam ini dalam siri Temubual Eksklusif bakal dedahkan rahsia,tips dan pengalaman salah seorang pembekal produk paling hangat ketika ini dari Hub Usahawan Online. Beliau adalah Puan Norazlina Ramdzan atau lebih dikenali sebagai Kak Lynn.

Assalammualaikum dan selamat malam Kak Lynn.Apa kabar?

Waalaikumussalam.Alhamdulilah,sihat.

Boleh ceritakan serba ringkas latarbelakang diri Kak Lynn.

Nama penuh saya Norazlina Ramdzan, anak sulong dari empat orang adik-beradik. Merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2006 iaitu ketika saya berada di Jepun. Mempunyai 4 orang cahayamata iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan. Ketika ini saya sedang berada di Texas, USA kerana mengikut suami yang ditugaskan di sini selama 3 tahun.

Boleh kongsikan pengalaman dan penglibatan Kak Lynn dalam menjalankan bisnes menerusi Hub Usahawan Online?

Saya menyertai Hub Usahawan Online, pada bulan Nov 2010 iaitu sebulan selepas saya tiba di US. Pada mulanya saya mencari maklumat memgenai perniagaan Dropship dan telah terjumpa info mengenai Edymart dan terus mendaftar sebagai Pengedar.

Penghujung tahun lepas pula saya telah melangkah setapak lagi dengan mendaftar sebagai Pembekal produk. Setelah setahun saya kini telah dilantik pula sebagai Ketua Usahawan Edymart Luar Negara dan bersedia untuk memberi khidmat nasihat, bimbingan dan juga tunjukajar kepada usahawan baru di luar sana. 

Sebagai usahawan wanita yang berjaya dalam Hub Usahawan Online,apakah pandangan Kak Lynn mengenai kekuatan,kelebihan dan potensi Hub Usahawan Online membantu dan membimbing masyarakat Malaysia dalam memulakan perniagaan sendiri di internet?

Saya berpendapat bahawa penubuhan Hub Usahawan Online (HUO) ini adalah bertepatan pada masanya. Ini kerana kesedaran masyarakat Malaysia terhadap peluang perniagaan di internet semakin meningkat dari hari ke hari. Ini dapat saya saksikan sendiri sejak penglibatan saya pada tahun 2006 dahulu. Dimana jika dulu bila sebut sahaja perkataan perniagaan internet ramai yang tidak tahu atau tidak faham malah tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dilakukan hingga mampu menjana pendapatan lumayan dengan mudah.

Bakal usahawan kini amat bertuah kerana banyak maklumat dan kemudahan untuk usahawan disediakan khususnya di Hub Usahawan Online. Pendaftaran sebagai pengedar adalah percuma!. Produk dan kedai online pula semuanya telah ada hanya memerlukan sedikit asas IT.

Selain itu kursus, bimbingan dan seminar turut di sediakan bagi yang berminat. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan saya di peringkat awal penglibatan dahulu dimana saya berusaha sendiri untuk mendalami ilmu perniagaan internet terutama ilmu untuk membina laman web dan cara melakukan pemasaran.

Para usahawan di luar sana seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menyertai HUO. Tidak kira anda bakal seorang pengedar atau pembekal. Di HUO potensi untuk mengembangkan perniagaan adalah tinggi! Ratusan pengedar aktif bersedia memasarkan produk anda.

Sebaliknya jika anda usahawan baru yang masih tercari-cari model perniagaan atau produk, di sinilah tempatnya. Pelbagai niche produk boleh anda pilih mengikut minat anda sendiri. Ilmu serta latihan keusahawan, khidmat nasihat tentang produk dan perkhidmatan semuanya disediakan sendiri oleh pengilang dan pembekal produk!.

Strategi, tip pemasaran dan bantuan atau sokongan secara online juga boleh anda perolehi di HUO! Malah, jika anda ingin memulakan perniagaan online dengan zero modal, bermulalah di Hub Usahawan Online. Ianya telah dibuktikan.

Kini bukan setakat pengguna dan pengedar sahaja yang ada, malah pembekal, pemborong, pengilang dan pengimport bertemu di Hub Usahawan Online!. Kami berbincang secara terbuka mengenai potensi dan kelebihan produk serta memperbaiki jika ada kekurangan. Semuanya berlaku secara online! Dari bumi Arab Saudi, Australia, Singapura, UK, USA dan Malaysia kami bertemu di Hub Usahawan Online. Ini yang kita mahu sebenarnya. Saya yakin, Hub Usahawan Online akan menjadi terkenal dan disegani dan menjadi contoh kepada pihak lain. Insyaallah! 

Sebagai salah seorang pembekal produk berkualiti dalam Hub Usahawan Online, boleh Kak Lynn kongsikan produk, keunikkan dan potensi produk berkenaan.

Saya merupakan pembekal produk berasaskan Aromaterapi SUTRA keluaran syarikat tempatan pertama di Malaysia. Kilangnya terletak di Melaka dan telah beroperasi sejak tahun 2005. Rangkaian produk SUTRA amat sesuai untuk kegunaan di SPA atau di rumah juga di dalam kenderaan.

Syarikat saya pula merupakan Pusat Edaran Pertama bagi produk ini sejak 2008 dan mempunyai rangkaian stokis serta pengedar di seluruh negara seperti di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Perak. Produk ini unik kerana mempunyai rangkaian produk yang lengkap untuk kegunaan seisi keluarga, dari usia 2 tahun ke atas. Ianya dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan tempatan, seperti halia, serai wangi, daun limau purut, daun gelam, sirih dan banyak lagi.

Paling menarik dengan memiliki produk SUTRA anda boleh mulakan SPA di rumah! Produk sabun buatan tangan tanpa bahan kimia elok untuk kegunaan seluruh badan. Pakej Mandian Buih atau lebih dikenali sebagai Hidroterapi juga turut kami sediakan kepada mereka yang berminat dengan kaedah rawatan melalui mandian. Ianya telah dibuktikan dengan membantu untuk memulihkan pelbagai penyakit.

Bagi anda yang belum mengetahui apa itu Aromaterapi ianya merupakan istilah yang digunakan dalam satu cabang perubatan herba yang merupakan satu rawatan menggunakan kaedah semulajadi. Aroma membawa maksud bau-bauan atau haruman manakala terapi bermaksud rawatan. Aromaterapi merupakan saatu seni perawatan diri yang menggunakan minyak pati dan campuran yang dapat membangkitkan semangat, menyegar dan menenangkan fikiran. Kaedah rawatan ini semakin digemari baik di kalangan wanita mahupun lelaki terutama bagi mereka yang mengalami tekanan di tempat kerja.

Saya yakin produk dan rawatan alternatif seperti ini mempunyai potensi yang besar di Malaysia. Ini terbukti dengan wujudnya SPA di seluruh pelusuk negara khususnya di bandar-bandar besar. Permintaan terhadap rawatan alternatif ini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya wanita.

Selain SUTRA, saya juga ada membawa masuk produk kesukaan kaum wanita iaitu set pinggan mangkuk berjenama Corelle, Corningware dan Pyrex buatan US. Pada mulanya saya tidak berminat hendak memasarkan produk ini kerana memikirkan agak sukar untuk mendapat jualan namun sangkaan saya silap. Atas permintaan yang banyak dari rakan-rakan dan pelanggan tetap saya, untuk menjual produk ini, maka selepas 6 bulan saya tinggal di US usaha untuk membawa produk ini ke Malaysia akhirnya berjaya dilaksanakan. Alhamdulilah saya telah bersetuju untuk membantu para usahawan HUO untuk turut sama mendapat peluang untuk mempromosikannya tanpa perlu datang ke US.

gambarsutraaromaterapi


Apakah tips dan panduan yang Kak Lynn amalkan untuk menjadi pembekal produk yang cemerlang dan berjaya?

Untuk menjadi seorang pembekal produk yang berjaya, saya berpendapat bahawa kita seharusnya perlu bijak mengkaji pasaran. Lihat kepada permintaan sesuatu produk atau permasalahan dan kaji pula penawaran atau penyelesaiannya. Kita juga harus bijak mengambil peluang dan terus bertindak tanpa bertangguh atas alasan tiada masa atau kurang modal.

Secara peribadi saya suka mencari peluang yang jarang diceburi oleh orang lain berdasarkan minat dan pengalaman yang ada. Sebagai pembekal kita juga seharusnya bekerjasama dengan pengedar produk. Seeloknya dengan mengadakan pertemuan atau perbincangan dengan kerap untuk mengatur strategi bagi meningkatkan hasil jualan agar dapat dinikmati oleh kedua-dua pihak. Insyaallah hasil dari usaha seperti ini kejayaan akan lebih cepat dicapai bersama HUO.

Apakah perancangan Kak Lynn dalam masa 5 tahun akan datang ?

Untuk tempoh 5 tahun akan datang, saya akan meneruskan peranan saya sebagai Internet Marketer/Pemasar Internet dengan menjalankan aktiviti pemasaran dan perniagaan seperti biasa.

Selain itu saya juga akan meneruskan khidmat dengan mengadakan kelas-kelas atau coaching online kepada yang memerlukan di samping memasarkan produk-produk fizikal yang ada di HUO dan juga produk-produk saya sendiri. Jangkaan saya dalam tempoh 2 tahun akan berjaya untuk menghasilkan 2 atau 3 ebook untuk panduan usahawan khususnya wanita.

Akhir sekali,apakah nasihat Kak Lynn dan pesanan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri.

Nasihat saya, untuk memulakan langkah pertama anda perlulah bertanya kepada diri sendiri. Adakah benar-benar minat atau sekadar mengikut trend tanpa membuat kajian yang akhirnya berhenti di pertengahan jalan sebelum mencapai matlamat. Ini banyak berlaku pada kebanyakkan orang di mana telah banyak wang dihabiskan namun hasilnya tidak nampak.

Ambil sedikit masa untuk lakukan kajian terhadap jenis atau model perniagaan yang ingin anda sertai seterusnya menilai kebolehan, keistimewaan dan kemampuan diri adakah benar-benar bersedia untuk menceburi bidang perniagaan tersebut atau tidak.

Pesan saya selalu kepada rakan dan prospek, ikut acuan sendiri dan jangan mudah terikut-ikut kawan. Kita adalah tidak sama dengan orang lain. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Terdapat banyak cabang perniagaan di luar sana, jadi anda harus bijak menilai dan membuat pilihan. Seterusnya jika telah berpuas hati terus bertindak dan fokus. Insyaallah kejayaan akan menjadi milik kita. Usaha bersungguh-sungguh tanpa mudah putus-asa. Itu antara rahsia atau tip perniagaan yang saya gunakan sejak dulu lagi.

Begitulah berakhirnya rakaman temubual eksklusif ini. Saya berharap agar rakaman temubual ini dapat memberikan panduan, tips dan motivasi kepada anda khususnya jika anda adalah seorang usahawan, peniaga ataupun ahli perniagaan yang menjalankan apa jua bentuk bisnes anda ketika ini.

Kepada Kak Lynn, saya ucapkan ribuan terima kasih dan semoga sukses selalu!

Sama-sama, Lepat.

Assalammualaikum dan jumpa lagi!Bye!Bye!

Waalaikumussalam. 

Muat Turun Audio Rakaman dan Ebook Transkrip Temubual Eksklusif Januari 2012 ini pada pautan dibawah:
http://bloglepat.com/hub-usahawan-online-2/jom-muat-turun-audio-rakaman-temubual-eksklusif-januari-2012-bersama-puan-norazlina-ramdzan/

Perhatian : Tidak dibenarkan mengambil artikel ini tanpa mendapat keizinan daripada pihak bloglepat.com 
Temubual Eksklusif Bersama Pembekal Corelle dan Aromaterapi SUTRA
 

Statistik Prasarana

Komuniti : 8283 orang
Pengedar: 1209 orang
Groups : 24
Forum : 90145 pembaca
Blog : 404 Topik
Video : 70 video
Gambar : 1374 gambar