Siri Temubual Eksklusif Edisi Februari 2012 kini kembali dan kali ini, Puan Sharini Selamat yang tenang,cool dan bersemangat tinggi bakal kongsikan tips,panduan,kejayaan dan pengalaman beliau sebagai pembekal produk terlaris dan membantu ramai usahawan dalam Hub Usahawan Online memasarkan produk berkenaan sehingga mencapai jualan yang menakjubkan dan sekaligus menaikkan nama dan kredibiliti beliau sebagai pembekal produk paling LARIS dan HOT di pasaran.
Assalammualaikum dan selamat malam semua.Malam ini dalam siri Temubual Eksklusif bakal dedahkan rahsia,tips dan pengalaman salah seorang pembekal produk paling hangat ketika ini dari Hub Usahawan Online. Beliau adalah Puan Sharini Selamat atau lebih dikenali sebagai Kak Nini.
Assalammualaikum dan selamat malam Kak Nini. Apa kabar?
Waalaikumussalam. Alhamdulilah,sihat.
Boleh ceritakan serba ringkas latarbelakang diri Kak Nini.
Saya berasal dari Sungai Besar, Selangor. Ibu kepada sepasang cahaya mata dan juga merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Bermula daripada keadaan yang agak sukar untuk mencari pakaian yang sesuai untuk ibu yang menyusu, terutamanya hendak mencari baju yang berlengan panjang dan labuh ketika itu, mencetuskan idea untuk menubuhkan Adrini's. Perancangan pada tahun awal 2009, dan akhirnya pada 18 januari 2010, Adrini's dgn rasminya beroperasi secara atas talian.
Rekaan, pencarian material, penghasilan produk hinggalah tiba ke pasaran, semuanya dilakukan sendiri di samping di bantu oleh suami.
Alhamdulillah, bermula oktober 2010, Adrini's mula mengorak langkah dalam membekalkan produk Adrini's ke butik-butik khas untuk ibu dan bayi. Dengan berkonsepkan Labuh, Berlengan panjang dan menutup aurat, Adrini's mula mendapat perhatian dan mula menjadi pilihan.
Boleh kongsikan pengalaman dan penglibatan Kak Nini dalam menjalankan bisnes menerusi Hub Usahawan Online?
Penglibatan Adrinis dalam Hub Usahawan Online ini adalah secara kebetulan. Allah ingin bukakan peluang Adrini's untuk terus maju ke hadapan dengan bertemu dengan Hub Usahawan Online. Ceritanya bermula semasa suami saya bermain futsal. Ketika itu, Sham turut bermain dalam pasukan yang sama. Maka bermulalah sesi perkenalan dan Sham mencadangkan untuk produk Adrini's masuk ke Hub Usahawan Online ini.
Sebelum ini, kami memang ada yang bertanyakan untuk membuat dropship produk kami. Kami tidak mampu menguruskan dropship ini atas sebab kurangnya "man power". Bila ada peluang ini, seperti pucuk di cita awan mendatang, kami membuat keputusan untuk menjadikan Hub Usahawan Online wakil untuk menguruskan dropship bagi produk Adrini's.
Alhamdulillah, kalau tak silap saya hujung bulan september 2011, Adrinis dengan rasminya menyertai HUO ini. Kiranya futsal adalah penyebab Adrini's mengenali Hub Usahawan Online.
Sebagai usahawan dalam Hub Usahawan Online,apakah pandangan Kak Nini mengenai kekuatan,kelebihan dan potensi Hub Usahawan Online membantu dan membimbing masyarakat Malaysia dalam memulakan perniagaan sendiri di internet?
Saya suka dgn konsep yang Hub Usahawan Online cuba tampilkan. Cuba memberikan satu platform atau peluang untuk semua orang untuk menambahkan pendapatan melalui perniagaan dengan modal yang sikit. Jadi bagi Kak Nini inilah sebenarnya kekuatan Hub Usahawan Online.
Dengan wujudnya kumpulan sokongan daripada pembekal untuk pengedarnya yang sangat aktif dan supportive, bantuan dari pihak Hub Usahawan Online sendiri dengan mengadakan seminar, belajar teknik promosi dan suasana keluarga dalam Hub Usahawan Online merupakan satu kelebihan yang ada di Hub Usahawan Online.
Dengan kekuatan dan kelebihan yang dah ada, Hub Usahawan Online berpotensi untuk menjadi satu fenomena di Malaysia.
Sebagai salah seorang pembekal produk berkualiti dalam Hub Usahawan Online,boleh Kak Nini kongsikan produk,keunikkan dan potensi produk berkenaan.
Pada ketika ini, ramai yang sudah mula sedar akan kebaikan susu ibu untuk anak tersayang. Bagi ibu yang bekerjaya atau yang tinggal berjauhan dari anak juga mampu menyusukan anak mereka kerana pelbagai kemudahan telah disediakan.
Salah satu daripada tips bagi membantu ibu-ibu untuk menyusukan anak di tempat awam adalah dengan mengenakan pakaian yang bersesuaian. Sama ada memakai pakaian yang berbutang, besar dan longgar, memakai cover, shawl atau boleh juga mengenakan pakaian khas untuk menyusu. Walaupun baju menyusu bukanlah satu kemestian dalam menjayakan penyusuan susu ibu, namun ia lebih kepada membantu memudahkan para ibu ketika menyusukan anak.
Dengan itu, Adrini's mula tampil dengan pakaian khas untuk ibu menyusu dan juga ibu yang mengandung. Adrini's memberikan pelbagai jenis pilihan pakaian seperti blaus, mini dress, jubah, dress, baju kurung.
Selain itu, untuk yang mempunyai banyak baju biasa dan sayang dibiarkan begitu sahaja, Adrini's boleh membantu dengan menyediakan nursing inner sama ada labuh dan biasa ( sudah ada di pasaran) dan nursing bands (masih dalam proses). Nursing inner labuh ini, adalah yang pertama seumpamanya.
Apa yang uniknya Adrini's adalah, Adrini's tampil dengan pakaian yang berkonsepkan Labuh, Lengan Panjang dan menutup aurat, Ini yang memberikan sesuatu kelainan kepada produk Adrini's. Tambahan pula dengan rekaan dan sentuhan yang moden dan kontemporari, produk dari Adrini's kelihatan seperti baju biasa. Ibu-ibu mampu bergaya bila menghadiri majlis, tempat kerja hinggalah ke aktiviti santai.
Tujuh Fakta mengenai Adrini's
1. Adrini's menampilkan konsep busana pakaian yang labuh(melepasi paras punggung), berlengan panjang, menutup aurat dan bergaya santai.
2. Sesuai untuk digayakan bersama tudung mahupun tidak bertudung(bagi bukan islam).
3. Rekaan yang moden dan kontemporari bagi memudahkan ibu menyusu.
4. Mempunyai 2 cara bukaan untuk menyusu bagi pakaian menyusu. Sama ada dari tepi mahupun selak dari bawah.
5. Tampil anggun dan selesa serta praktikal.
6. Direka oleh Adrini's.
7. 100% buatan Malaysia.
Alhamdulillah, kini Adrini's mempunyai reseller hampir setiap negeri di Malaysia. Adrini's juga telah berjaya menembusi pasaran di Singapura, dan insyaallah dengan kerjasama Hub Usahawan Online Adrini's dapat berkembang lebih maju.

Apakah tips dan panduan yang Kak Nini amalkan untuk menjadi pembekal produk yang cemerlang dan berjaya?
Tips yang Kak Nini amalkan adalah:
• Dapatkan dan galilah dahulu perkara yang kita nak lakukan. Ilmu perniagaan, kekuatan diri dan lain-lain.
• Kenali kelemahan diri dan cuba untuk atasinya.
• Kenali kekuatan diri dan cuba manipulasikannya.
• Jadikan kegagalan satu pemangkin untuk Berjaya.
• Jadikan kejayaan satu pedoman dan kekuatan untuk Berjaya.
• Jujur, amanah dan ikhlas dalam berniaga.
• Dekatkan diri padaNya, mohon padaNya dan insyaallah, rezeki ada untuk hamba yang berusaha.
Apakah perancangan Kak Nini dalam masa 5 tahun akan datang?
Dalam masa 5 tahun akan datang, Adrini's menjadi salah satu pengeluar produk baju menyusu dan mengandung yang terkenal di Malaysia mahupun luar Negara. Adrini's menjadi syarikat bumiputra yang berjaya menembusi pasaran global yang berkonsepkan labuh, lengan panjang dan menutup aurat serta menjadi salah satu brand yang menjadi sebutan.
Akhir sekali,apakah nasihat Kak Nini dan pesanan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri.
Untuk memiliki perniagaan sendiri, bukan sahaja kekuatan fizikal sangat perlu, tetapi kekuatan emosi, dan rohani turut memainkan peranan. Tiada jalan pintas untuk Berjaya. Tetapkan dalam hati, semua yang kita buat untuk siapa. Insyaallah.. betulkan niat kita, betulla jalan kita.
Begitulah berakhirnya rakaman temubual eksklusif ini. Saya berharap agar rakaman temubual ini dapat memberikan panduan, tips dan motivasi kepada anda khususnya jika anda adalah seorang usahawan, peniaga ataupun ahli perniagaan yang menjalankan apa jua bentuk bisnes anda ketika ini.
Kepada Kak Nini, saya ucapkan ribuan terima kasih dan semoga sukses selalu!
Sama-sama, Lepat.
Assalammualaikum dan jumpa lagi!Bye!Bye!
Waalaikumussalam.
Muat Turun Audio Rakaman dan Ebook Transkrip Temubual Eksklusif Februari 2012 ini pada pautan dibawah:
http://bloglepat.com/temubual-eksklusif/jom-muat-turun-audio-rakaman-temubual-eksklusif-februari-2012-bersama-puan-sharini-selamat/
Perhatian : Tidak dibenarkan mengambil artikel ini tanpa mendapat keizinan daripada pihak bloglepat.com