EdyCart (http://edycart.com) merupakan laman web shopping cart yang di sediakan oleh Edy Marketing untuk memudahkan Pengedar Edy Marketing melakukan jualan melalui internet. Buat masa ini, produk yang terdapat di EdyCart ialah tshirt muslimah yang bernilai lebih RM 30 ribu untuk di niagakan. Di masa akan datang, kami akan menambah pelbagai produk untuk meningkatkan hasil jualan pengedar.
Pengedar Edy Marketing juga akan di bantu bersama-sama usahawan internet yang lain di EdyMart (http://edymart.com). EdyMart merupakan portal komuniti usahawan internet yang akan memberikan segala informasi, aktiviti, penerangan dalam perniagaan internet. Ia juga merupakan portal untuk usahawan berkomunikasi serta mempelajari selok belok perniagaan internet supaya tidak tertipu dengan perkara-perkara yang merugikan.
EdyCart juga amat sesuai untuk mereka yang baru nak memulakan perniagaan internet. Ia merupakan perniagaan internet termudah dan mampu di kendalikan oleh mereka yang tiada ilmu dan kemahiran dalam perniagaan internet.
Di dalam ucapan Dato' Mohd Noor Al-Akbari, beliau berpendapat, EdyCart merupakan perniagaan masa depan dan harus di sertai oleh semua lapisan masyarakat. Ini merujuk kepada demo EdyCart yang di tunjukkan pada hari tersebut. Ia mampu meningkatkan ekonomi usahawan yang menyertainya sekaligus meningkatkan ekonomi negara secara tidak lansung.
Di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam EdyCart ialah:
- Produk laris sedia-ada untuk di perniagakan
- Masa setup yang amat singkat, anggaran 10 minit dan boleh terus berniaga.
- Tidak perlu lakukan penghantaran.
- Masa untuk kendalikan amat sedikit supaya boleh fokus kepada pemasaran.
- Dan banyak lagi.
Majlis juga di serikan dengan kehadiran usahawan internet yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan internet seperti melalui ebay, bisnes part-time melalui internet, pemikat jualan melalui internet dan juga kedai facebook.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar Edy Marketing, bolehlah ke http://edymart.com/daftar-pengedar dan seterusnya bersama-sama pengedar lain di laman web edymart.com, berkongsi pengalaman, menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya boleh menggunakan EdyCart.
Di harap dengan ujudnya Edycart, usahawan internet samaada baru ataupun lama bolehlah menambah pendapatan melalui internet dengan mudah serta mampu menjadi usahawan internet yang berjaya di masa akan datang.



