atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

EdyMart berkongsi perniagaan internet kepada pelajar UTM Skudai

E-mail Print PDF
usahawan internet25 Mac 2011 : UTM JB : Seramai 150 orang siswazah telah menghadiri satu sesi perkongsian pengalaman mengenai perniagaan internet yang di perkenalkan oleh EdyMart. Mereka terdiri daripada pelajar siswazah tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan yang mengambil subjek Usahawan ICT. Siswazah di dedahkan mengenai teknologi internet yang digunakan oleh EdyMart bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan menggunakan internet.

Siswazah juga didedahkan mengenai cabaran yang harus ditempuhi serta selok-belok perniagaan internet supaya mereka tidak terkejut serta tidak putus asa sekiranya berlaku masalah-masalah yang sudah dijangka. Siswazah juga di beri suntikan semangat serta panduan mudah bagi memulakan perniagaan internet tanpa modal yang besar, menggunakan teknologi sepenuhnya dalam pemasaran serta menggunakan masa yang terhad untuk menstabilkan perniagaan masing-masing.

199355_10150158293953128_539223127_6742659_5112831_nperniagaan internetperniagaan internetperniagaan internet





Pihak Edy Marketing juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UTM kerana sudi menjemput EdyMart dalam memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai perniagaan internet yang mudah ini. Maklum balas yang di perolehi, rata-rata siswazah mengatakan, sistem EdyCart merupakan sistem yang termudah pernah mereka temui sehinggakan mereka boleh terus berniaga dan memiliki sistem kedai online dalam masa 5 minit tanpa perlu ada produk, tanpa penghantaran dan tanpa simpan stok.

Terima kasih juga kepada Team EdyMart yang bersama-sama menjayakan program ini iaitu Penolong Pengurus Edy Marketing, En Shahrul Faizi dan Pengurus Rakan Niaga Edy Marketing, En Faizul dalam usaha memperkenalkan EdyMart kepada masyarakat.

Di harapkan siswazah ini dapat menggunakan teknologi yang kami kongsikan kerana ianya mampu meningkatkan ekonomi individu dengan cara yang mudah, memiliki perniagaan sendiri dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Kepada pihak-pihak berkenaan, sekiranya anda ingin menjemput EdyMart memberikan perkongsian berkenaan perniagaan internet masa kini, bolehlah menghubungi Sham 0196552606. 

EdyMart berkongsi perniagaan internet kepada pelajar UTM Skudai