atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

EdyMart di Karnival 1nita KLCC membantu pengedar

E-mail Print PDF
klcc822 Dec 2010 : KLCC : Karnival 1nita telah berlansung selama 2 hari bermula 21 Dec 2010 hingga 22 Dec 2011 bertempat di KLCC. Salah seorang pengedar Edy Marketing telah menyertai karnival tersebut iaitu Pn Ramnah Salleh dengan membuka booth untuk menjual produk yang ada di EdyMart secara offline. Kami di EdyMart membantu beliau menyediakan produk laris serta memberikan pendedahan mengenai cara-cara berniaga secara offline dan dalam masa yang sama menggunakan internet sebagai pemasaran produk dan memperkenalkan perniagaannya.

Hasil jualan produk menggalakkan

Selama dua hari jualan, kami telah mengutip lebih kurang 8 ribu ringgit dengan menjual produk yang laris dipasaran pada ketika itu (hanger tudung). Kami menggunakan strategi jualan harga murah untuk meningkatkan kuantiti jualan produk kerana kebanyakan produk kami diambil terus daripada kilang. Oleh itu, harga dapat dijual dengan murah dan menguntungkan pembeli. Kutipan jualan 8 ribu membolehkan semua kos seperti pekerja, sewa tapak, kos modal produk serta pengangkutan dapat diselesaikan malahan keuntungan bersih yang di perolehi selama 2 hari lebih kurang RM 530.

klcc1klcc4klcc5klcc7





Sempat bergambar dengan Ikon Perniagaan Internet Malaysia, Dr Irfan Khairi


Kami juga sempat bergambar dengan Dr Irfan Khairi dan Abg Abu yang merupakan jutawan internet. Dr Irfan Khairi juga telah membuka booth di Karnival 1nita membolehkan rakyat Malaysia mendalami serta mempelajari selok-belok perniagaan internet. Terima kasih di ucapkan kepada En Shahrul Faizi, Pn Ramnah dan Pn Rahimah yang banyak membantu menjayakan pembukaan booth Riqz Interprise kepunyaan Pn Ramnah.

klcc2klcc9klcc3klcc10











Kepada Usahawan Internet terutamanya Pengedar Edy Marketing, sekiranya anda perlukan bantuan dari segi khidmat nasihat serta peluang perniagaan melalui internet cara mudah, bolehlah menghubungi kami. EdyMart sentiasa bersama anda sekiranya diperlukan terhad kepada kemampuan kami yang terbaik.
EdyMart di Karnival 1nita KLCC membantu pengedar