Antara Usahawan Internet Yang Hadir
Majlis hari terbuka seperti ini harus dihadiri oleh mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet kerana terdapat ramai pakar-pakar yang telah terbukti berjaya hadir untuk memberi sokongan kepada Saudara Mawardee. Diantara bidang kepakaran yang boleh dikongsi oleh usahawan yang hadir ialah program affiliate, perniagaan ebook, perniagaan printing, perniagaan produk fizikal, software program affiliate, strategi pemasaran internet, strategi pemikat jualan dan banyak lagi. Aktiviti sebegini mampu meningkatkan lagi hubungan baik diantara usahawan serta berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang di dalam perniagaan internet.
Perbentangan Bisnes EdyMart
Pada majlis tersebut, EdyMart diberi peluang untuk membentangkan perniagaan internet yang dijalankan kepada para usahawan. Perbentangan tersebut meliputi konsep asas bisnes EdyMart iaitu menyediakan prasarana lengkap kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet. Prasarana terdiri daripada sistem kedai online shopping cart lengkap yang mampu disiapkan dalam masa 5 minit dan boleh terus berniaga. Kedai online ini di namakan EdyCart.
Mereka yang memiliki kedai online EdyCart tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu menghantar produk mahupun mengeluarkan modal membeli produk untuk diperniagakan. Dalam perbentangan ini juga, EdyMart membuka peluang kepada usahawan internet Malaysia untuk bekerjasama dalam memajukan industri IT tanahair mengikut kepakaran masing-masing.
Akhir kata, pihak EdyMart ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan oleh Saudara Mawardee untuk membentangkan bisnes EdyMart juga kepada usahawan-usahawan yang hadir atas kesudian memberi sokongan kepada EdyMart.



