atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

EdyMart di Seminar EMail Marketing anjuran Jamal Online Marketing

E-mail Print PDF
razif_jamal16 April 2011 - IMTC Shah Alam, Satu seminar email marketing telah berlansung di IMTC Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Seminar email marketing ini dianjurkan oleh Jamal Online Marketing dan dihadiri oleh 31 orang. Saya yang merupakan pengasas EdyMart turut serta menghadiri seminar ini kerana ia merupakan keperluan penting dalam perniagaan internet. Seminar ini mendedahkan kepada peserta betapa pentingnya email marketing dalam melakukan perniagaan internet. Email marketing juga bukanlah hanya semudah menghantar email kepada penerima tetapi ianya lebih daripada itu.

Tuan Jamal telah berkongsi pengalaman nyata dan secara live bagaimana dengan email marketing ini mampu memberikan sumber pendapatan yang stabil dalam jangka masa yang panjang. Ianya telah terbukti kerana dengan menggunakan teknik email marketing yang berkesan, pendapatan melalui internet mampu ditambah dengan mudah hanya mengikuti tips-tips dan syarat-syarat wajib mengenainya.

Di samping itu, penceramah jemputan yang merupakan pakar affiliate Malaysia, Tuan Razif Yusof pula telah mendedahkan secara live bagaimana beliau menjana pendapatan melalui internet dengan mudah melalui program affiliate PPL. Hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk melakukannya, selepas 2 hari, beliau mampu menjana pendapatan hampir seratus ringgit. Promosi yang dilakukan tidak menggunakan mailing list autoresponder dan mungkin anda terfikir, teknik apa yang dilakukannya ?

Beliau hanya menggunakan facebook sahaja. Satu pengalaman live di mana semua orang mampu melakukannya tetapi perlulah berstrategi dan mempunyai ilmu dalam bidang tersebut. Saya hanya terbayang, andaikata beliau menggunakan mailing list sedia ada, yang berjumlah ribuan subscriber, tentu pendapatannya lebih daripada itu. Di tambah pula dengan teknik email marketing yang dilakukan dengan tersusun dan teratur.

seminar-email-marketing-1seminar-email-marketingseminar-email-marketing-3seminar-email-marketing-2





Akhir kata, seminar email marketing ini memberikan banyak input yang menarik dan berguna untuk diamalkan dalam menjalankan perniagaan internet. Pihak EdyMart juga mengambil kesempatan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan email marketing serta program affiliate dalam mendalami ilmu berkenaan yang akan dikongsi bersama kepada usahawan EdyMart. Semoga seminar seperti ini mampu dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam perniagaan oleh usahawan online mahupun usahawan offline dalam meningkatkan keuntungan serta mengurangkan kos pemasaran.

Anda boleh mendapatkan maklumat dan melakukan test-drive mengenai email marketing software di http://edymart.com/email-marketing-software
EdyMart di Seminar EMail Marketing anjuran Jamal Online Marketing