Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar. Ia dimulakan dengan penerangan sejarah penubuhan EdyMart bermula dari tahun lepas hingga ke saat ini. Penerangan lengkap mengenai sistem kedai online EdyCart juga diberikan kepada hadirin meliputi pemasangan, pengoperasian dan pemasaran.
Sistem kedai online tersebut (shopping cart) telah tersedia produk didalamnya dan boleh terus berurusniaga dalam masa 5 minit setelah pemasangan dilakukan. Usahawan tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli produk, tidak perlu risau mengenai pembungkusan dan juga penghantaran. Kesemua hadirin bersetuju bahawa Bisnes EdyMart merupakan salah satu sistem perniagaan internet yang amat mudah untuk dilaksanakan dengan kos yang amat murah.
Di akhir majlis, satu sesi ringkas, potong kek EdyMart menandakan genapnya setahun usia bisnes EdyMart. Hadirin dijamu dengan juadah makanan tengahari berlauk kari ayam serta sayur dan buah-buahan disulami dengan kek dan puding jagung.
Pihak EdyMart juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Pengedar Edy Marketing atas sokongan yang diberikan kepada kami sehingga mampu mengorak langkah menuju kejayaan hingga ke saat ini. Walaupun bisnes EdyMart baru setahun di dalam pasaran Malaysia, namun ia dilihat mampu memberi peluang kepada masyarakat Malaysia dalam menjalankan perniagaan melalui internet dengan cara mudah disamping mampu menjana pendapatan tambahan.
Akhir kata, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapat sama-sama kita berusaha, membantu sesama kita dalam meneruskan bisnes EdyMart supaya kejayaan ini dapat dikongsi bersama.
Kepada mereka yang tidak dapat menyertai majlis kami ini, insyaAllah di masa akan datang, pelbagai aktiviti akan disediakan. Klik LIKE di bawah dan lemparkan kata-kata semangat menggunakan ruangan komen, menunjukkan bahawa kita bersama-sama mampu bersatu dan bersemangat untuk kecapi kejayaan dimasa akan datang. InsyaAllah.



