atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

Seminar Pecutan Bisnes - Bisnes Sendiri Lebih Pantas Dan Menjana Pendapatan

E-mail Print PDF

shamseminarpecutanbisnes2Sri Iskandar, Perak, 12 November 2011 : Seminar Pecutan Bisnes telah diadakan dimana ia bakal dedahkan kepada peserta potensi dan kelebihan menjalankan perniagaan sendiri,teknik-teknik pemasaran paling mudah dan berkesan serta kepentingan penjenamaan diri dan perniagaan anda. Seramai 14 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang telahpun berlangsung di Banquet Hall,Hotel Putra Iskandar,bermula pada jam 10 pagi sehinggalah jam 4 petang.

Speaker atau panel jemputan yang berkongsikan pengalaman dan kepakaran mereka tersendiri dalam seminar berkenaan adalah terdiri daripada Pakar Pemasaran Internet dari Singapura iaitu Saudara Zin Ali, Pengurus Besar EdyMart, Saudara Shamsurizam Norsham, Top Seller EdyMart, Saudari Noraini Ain, Pakar Pemasaran Internet Malaysia, Saudara Raja Kamil dan juga Pakar Pemasaran Facebook Fan Page, Saudara Fendi Husin.

zinaliseminarpecutanbisnesfendihusinseminarpecutanbisnesrajakamilseminarpecutanbisnes pesertaseminarpecutanbisnes

Topik-Topik yang dikongsikan bersama para peserta seminar adalah:
1.Plan dan Manfaat Platform EdyMart Kepada Orang Ramai Oleh Saudara Zin Ali
2.Perkongsian Rahsia Kejayaan Saudari Noraini Ain Menjadi Top Seller EdyMart
3.Self Branding Atau Penjenamaan Diri Oleh Saudara Raja Kamil
4.Apa Yang EdyMart Boleh Buat Untuk Anda Oleh Saudara Shamsurizam Norsham
5.Tips Dan Teknik Rahsia Facebook Fan Page Oleh Saudara Fendi Husin

Kesemua topik yang didedahkan diterangkan secara jelas dan menarik serta ianya merupakan perkongsian terbaik kepada mereka yang hadir dalam seminar ini. Para peserta begitu enjoyable dan mendengar dengan penuh semangat dan apabila diminta untuk memberikan feedback,mereka memberikan kerjasama yang sangat baik.

Apa yang menarik sekali adalah dimana Saudara Zin Ali dedahkan TIGA pakej rahsia yang belum lagi didedahkan dalam mana-mana seminar mahupun di laman rasmi EdyMart atau di Facebook Group EdyMart dan sebagainya. TIGA pakej ini sangat powerful dan mampu menjana pendapatan yang lebih hebat dan pantas berbanding pakej-pakej biasa yang ditawarkan oleh EdyMart ketika ini. Ianya pertama kali didedahkan dalam seminar dan mereka yang hadir sememangnya bertuah kerana dapat dapat mengetahui lebih awal. Salah satu daripada pakej tersebut boleh dilihat di http://pecutanbisnes.com

Seminar Pecutan Bisnes ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan video testimoni dikalangan peserta seminar. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Putra Iskandar kerana membantu kami dalam mengadakan Seminar Pecutan Bisnes ini dan tidak lupa juga kepada semua ahli panel jemputan yang sudi berkongsikan pengalaman dan kepakaran mereka kepada semua peserta seminar.

Kepada mereka yang ingin mengadakan Seminar Pecutan Bisnes di tempat anda,anda boleh hubungi Saudara Shamsurizam Norsham di talian 0196552606 untuk maklumat lanjut.

Seminar Pecutan Bisnes - Bisnes Sendiri Lebih Pantas Dan Menjana Pendapatan