Di booth ini juga dilakukan penerangan mengenai hub usahawan online di mana sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes sendiri boleh menjual produk yang ada di situ tanpa perlu keluarkan modal. Pendaftaran secara percuma dilakukan di sana dan bakal usahawan terus membuka akaun dropship EdyMart. Bakal usahawan juga dibimbing oleh pengedar sedia-ada, cara-cara untuk membuka kedai online dalam masa kurang 5 minit.
Program yang dijalankan merupakan program OJT (On Job Training) di mana semua usahawan dilatih bagaimana untuk berhadapan dengan pelanggan secara live. Usahawan juga diberi penerangan tentang teknik meyakinkan pelanggan supaya berminat dengan produk serta perkhidmatan yang dipasarkan. Program OJT ini dibimbing oleh EdyMart (M) Sdn Bhd, Bisnes Advisor, En Zin Bin Ali atau lebih dikenali sebagai Uncle Zin.
Dikesempatan itu juga, majlis penyerahan watikah perlantikan ketua usahawan negeri EdyMart dilakukan. Usahawan yang menerimanya ialah, Pn Noraini (Perak), Pn Mek Nor (Negeri Sembilan) dan En Ary (Kuala Lumpur).
Program OJT untuk usahawan tegar ini berjaya mencapai matlamatnya di mana seramai lebih daripada 20 orang pelajar USIM telah mendaftar sebagai usahawan dropship secara percuma dan beberapa usahawan menyertai program OJT pecutan bisnes yang membolehkan mereka menjadi pembekal, pengedar dengan pantas serta cara yang betul menggunakan teknik 3M (mudah, menarik & mampu menjana pendapatan).
Diharapkan program OJT seperti ini dapat disertai oleh semua golongan usahawan dalam meningkatkan bisnes mereka ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya anda minat dalam bidang keusahawanan, anda boleh daftar percuma di http://edymart.com/daftar ataupun sertai group facebook EdyMart.



